Monday 22 April 2013

DR ISMAIL KORBAN JAWATAN

Merbok: Harian Metro
“Saya sanggup korbankan jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor demi berkhidmat untuk rakyat,” kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Merbok Prof Dr Ismail Daut, yang meletakkan jawatan itu berkuat kuasa Rabu lalu bagi memberi laluan kepada pencalonannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Ismail adalah bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, walaupun sedih kerana meninggalkan universiti berkenaan, beliau sanggup melepaskan jawatan demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan pucuk pemimpinan.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan dan peluang kepada saya mewakili BN untuk bertanding dalam PRU nanti.
“Justeru, saya sudah bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini dengan baik sekali gus dapat membantu rakyat terutama di Parlimen Merbok yang dahagakan pelbagai kemudahan dan pembangunan di sini.

“Sekiranya saya memenangi PRU nanti, saya merancang beberapa projek yang boleh dimanfaatkan penduduk di Parlimen Merbok termasuk meningkatkan sosio ekonomi mereka,” katanya selepas berkempen di pekan Merbok, di sini, semalam.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang teknologi elektrik dan industri dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Wales, United Kingdom berkata, antara misi dan visi yang dilaksanakan sekiranya menjadi wakil rakyat adalah untuk menjadikan kawasan Lembah Bujang, Merbok sebagai pusat pelancongan terkenal termasuk di peringkat antarabangsa.

“Ada banyak pertemuan hasil besi yang terdapat di situ, saya menjadikan kawasan itu lebih hebat daripada tempat lain di dunia. Ia bukan angan-angan tetapi menjadi kenyataan.

“Sebagai bekas pensyarah, saya banyak melakukan kajian dan inovasi. “Merbok juga mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan dengan produk utama hutan paya bakau di Sungai Merbok, penemuan sejarah penempatan purba di Muzium Arkeologi dan kesan sejarah di Lembah Bujang,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, walaupun kerusi Parlimen Merbok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau serta Tanjung Dawai dikuasai pembangkang, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan penduduk.

No comments:

Post a Comment

UNDILAH DR ISMAIL DAUT CALUN P14 PARLIMEN MERBOK