Thursday 25 April 2013

5 MEI CUTI

Kuala Lumpur: Kerajaan Terengganu dan Kedah mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti umum sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Langkah itu diambil kerana Ahad adalah hari bekerja di Terengganu dan Kedah, sekali gus memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat kedua-dua negeri itu keluar mengundi pada hari berkenaan.
 
Di Besut, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.
 
Walaupun 5 Mei jatuh pada Ahad, ia adalah hari bekerja di Terengganu dan pemberian cuti itu bertujuan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, katanya selepas merasmikan bilik Gerakan Jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, di sini, semalam.
 
Turut hadir, calon Parlimen Setiu, Mohd Zulkifli Jusoh; Calon DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan bekas penyandang DUN Jabi, Ramlan Ali. Kelantan sebelum ini turut mengumumkan hari mengundi pada 5 Mei sebagai cuti peristiwa.
 Di Alor Setar, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman itu dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari berkenaan. BERNAMA

1 comment:

  1. Mohon jaga pertuturan, kalau dtg ziarah kematian tu hormat sikit kpd keluarga simati, amat tidak sesuai bila bercakap pasai nak jadi YB 2 penggal kpd waris simati. Utk makluman YBhg Prof, hati2!!! Jgn biarkan sejarah hitam 2008 berulang, jgnlah kedua2 anda cuba bunuh membunuh, kelak mati kedua2nya. Selesaikan dahulu kempen PRU dan kemudiankan kempen utk jawatan KB. Ingat orang tamak selalu rugi..... sbg renungan

    ReplyDelete

UNDILAH DR ISMAIL DAUT CALUN P14 PARLIMEN MERBOK