Monday 22 April 2013

DR ISMAIL DAUT ANAK SEORANG PENOREH GETAH DARI ABU BAKAR ESTATE, BUKIT SELAMBAU

CALUN P14 PARLIMEN MERBOK DR ISMAIL DAUT 
 
Dr Ismail bermesra dengan pengundi
Professor Dr Ismail Daut, Bekas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) anak seorang penoreh getah dari Abu Bakar Estate, Bukit Selambau dan anak jati Sungai Petani akan turun padang berentap dengan calon PKR seorang jurutera wanita berasal dari Johor dan menetap di Sungai Petani. 

Prof Dr Ismail Daut berasal dari keluarga yang amat miskin tetapi beliau tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki hidup keluarganya melalui pendidikan. Dasar Pendidikan Kerajaan yang tidak kira latar belakang seseorang penuntut pintar telah membawa beliau belajar hingga ke menara gading, bukan sahaja dalam negera malah hingga ke Universiti tersohor di England. 

Jarang sekali pada zaman itu kita dapat lihat seorang anak penoreh getah begitu gigih berjaya belajar dalam bidang yang amat sukar iaitu kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Elektromagnetik. 

Satu lagi keistimewaan beliau ialah beliau amat fasih bertutur didalam bahasa Tamil. (Major Anuar Abd Hamid)

1 comment:

  1. Sciece student at Sekolah Khir Johari sungai petani kedah (1972-1976). Very hard working student.

    ReplyDelete

UNDILAH DR ISMAIL DAUT CALUN P14 PARLIMEN MERBOK