GEORGE TOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal
Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan
logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna
yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak
dilaksanakan oleh PAS di negara ini.
Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan
yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini, Karpal sekali lagi
menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya
sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah
Persekutuan pada tahun 1988.
“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem
perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar
untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan yang
dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang
menegaskan bahawa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat akhirnya akan
menerima pelaksanaan Hukum Hudud sebagaimana yang ditunjukkan oleh DAP
untuk menerima penggunaan logo PAS sekiranya perlu pada PRU-13 ini.
Sehari sebelum penamaan calon Sabtu lalu, DAP telah mengumumkan yang
mereka bersedia menggunakan lambang PAS untuk semua calonnya di
semenanjung jika mereka tidak menerima surat hitam putih daripada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status parti itu yang kini sedang
dalam siasatan ekoran terdapatnya aduan mengenai proses pemilihan
jawatankuasa eksekutif pusatnya tahun lalu.
Bagaimanapun akhirnya ROS mengeluarkan surat memberi jaminan yang DAP
boleh terus menggunakan logo mereka pada PRU-13 dan mengeluarkan surat
watikah untuk bertanding tanpa menjejaskan kedudukan calon-calon mereka.
Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud
hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan
dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan
konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan
Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem
yang berbeza.
Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan
juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara
Islam.
“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya," ujarnya lagi
(mStaronline)
Dato' Tajul jangannkechik hati...you masih hidup dan Allah swt masih anugerahkan nikmat pada you.....apa-apa pun biarlah lillah hitaala....walaupun ianya sedikit dari yang tiada....lebih baik sikit dari tiada langsung......
ReplyDelete