Merbok: Harian Metro
“Saya sanggup korbankan jawatan sebagai Timbalan Naib
Canselor demi berkhidmat untuk rakyat,” kata calon Barisan Nasional (BN)
bagi Parlimen Merbok Prof Dr Ismail Daut, yang meletakkan jawatan itu
berkuat kuasa Rabu lalu bagi memberi laluan kepada pencalonannya dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.
Ismail adalah bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Inovasi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, walaupun sedih
kerana meninggalkan universiti berkenaan, beliau sanggup melepaskan
jawatan demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan pucuk pemimpinan.
“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
yang memberi kepercayaan dan peluang kepada saya mewakili BN untuk
bertanding dalam PRU nanti.
“Justeru, saya sudah bersedia untuk memikul amanah dan
tanggungjawab ini dengan baik sekali gus dapat membantu rakyat terutama
di Parlimen Merbok yang dahagakan pelbagai kemudahan dan pembangunan di
sini.
“Sekiranya saya memenangi PRU nanti, saya merancang
beberapa projek yang boleh dimanfaatkan penduduk di Parlimen Merbok
termasuk meningkatkan sosio ekonomi mereka,” katanya selepas berkempen
di pekan Merbok, di sini, semalam.
Beliau yang berkelulusan
dalam bidang teknologi elektrik dan industri dari Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Wales, United Kingdom berkata, antara misi
dan visi yang dilaksanakan sekiranya menjadi wakil rakyat adalah untuk
menjadikan kawasan Lembah Bujang, Merbok sebagai pusat pelancongan
terkenal termasuk di peringkat antarabangsa.
“Ada banyak pertemuan hasil besi yang terdapat di situ, saya
menjadikan kawasan itu lebih hebat daripada tempat lain di dunia. Ia
bukan angan-angan tetapi menjadi kenyataan.
“Sebagai bekas
pensyarah, saya banyak melakukan kajian dan inovasi. “Merbok juga
mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan dengan produk utama
hutan paya bakau di Sungai Merbok, penemuan sejarah penempatan purba di
Muzium Arkeologi dan kesan sejarah di Lembah Bujang,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata,
walaupun kerusi Parlimen Merbok dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit
Selambau serta Tanjung Dawai dikuasai pembangkang, kerajaan BN tidak
pernah meminggirkan penduduk.
No comments:
Post a Comment
UNDILAH DR ISMAIL DAUT CALUN P14 PARLIMEN MERBOK