CALON BN KEDAH PRU13: P014 - Merbok (Prof. Dr. Ismail Bin Daut)
http://drismaildaut.blogspot.com/
Thursday, 25 April 2013
5 MEI CUTI
Kuala Lumpur: Kerajaan Terengganu dan Kedah mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti umum sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Langkah itu diambil kerana Ahad adalah hari bekerja di Terengganu dan Kedah, sekali gus memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat kedua-dua negeri itu keluar mengundi pada hari berkenaan.
Langkah itu diambil kerana Ahad adalah hari bekerja di Terengganu dan Kedah, sekali gus memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat kedua-dua negeri itu keluar mengundi pada hari berkenaan.
Di Besut, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said,
berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.
Walaupun 5 Mei jatuh
pada Ahad, ia adalah hari bekerja di Terengganu dan pemberian cuti itu
bertujuan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan
tanggungjawab untuk mengundi, katanya selepas merasmikan bilik Gerakan
Jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, di sini,
semalam.
Turut hadir, calon Parlimen Setiu, Mohd Zulkifli
Jusoh; Calon DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan bekas penyandang DUN
Jabi, Ramlan Ali. Kelantan sebelum ini turut mengumumkan hari mengundi
pada 5 Mei sebagai cuti peristiwa.
Di Alor Setar, Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman itu dibuat
bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar
mengundi pada hari berkenaan.
BERNAMA
Wednesday, 24 April 2013
"Setuju Guna Lambang Bukan Bermakna Setuju Hukum Hudud" - Karpal Singh
GEORGE TOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal
Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan
logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna
yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak
dilaksanakan oleh PAS di negara ini.
Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan
yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini, Karpal sekali lagi
menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya
sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah
Persekutuan pada tahun 1988.
“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem
perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar
untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan yang
dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang
menegaskan bahawa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat akhirnya akan
menerima pelaksanaan Hukum Hudud sebagaimana yang ditunjukkan oleh DAP
untuk menerima penggunaan logo PAS sekiranya perlu pada PRU-13 ini.
Sehari sebelum penamaan calon Sabtu lalu, DAP telah mengumumkan yang
mereka bersedia menggunakan lambang PAS untuk semua calonnya di
semenanjung jika mereka tidak menerima surat hitam putih daripada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status parti itu yang kini sedang
dalam siasatan ekoran terdapatnya aduan mengenai proses pemilihan
jawatankuasa eksekutif pusatnya tahun lalu.
Bagaimanapun akhirnya ROS mengeluarkan surat memberi jaminan yang DAP
boleh terus menggunakan logo mereka pada PRU-13 dan mengeluarkan surat
watikah untuk bertanding tanpa menjejaskan kedudukan calon-calon mereka.
Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud
hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan
dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan
konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan
Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem
yang berbeza.
Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan
juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara
Islam.
“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya," ujarnya lagi
(mStaronline)
Tuesday, 23 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)